Sabtu, 18 Januari 2020

Pahang 'kempunan' khidmat Amirulhadi

HARAPAN peminat fanatik Pahang supaya Amirulhadi Zainal kekal bersama pasukan kesayangan mereka tampak semakin samar.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikatakan telah mengemukakan rayuan berhubung perkara itu, Amirulhadi, 27, dilihat hampir pasti menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) musim ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah juga mengesahkan pemain itu tidak perlu menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka semula Mac tahun depan untuk beraksi bersama Harimau Selatan.

Ini kerana menurut beliau, Amirulhadi telah didaftarkan sebagai pemain Johor DT sebelum tarikh pendaftaran pemain ditutup pada 17 Disember lalu.

“Buat masa ini, Amirulhadi kekal menjadi milik Johor DT.

“Namun jika berlaku sebarang kes tak terjangka, besar kemungkinan ia akan disemak semula,” katanya kepada pemberita semalam.

Jumaat lalu, mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM yang dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan Amirulhadi menyertai Johor DT selepas mendapati kontrak selama dua tahun pemain itu bersama PBNP sebelum ini meragukan.

Namun, Amirulhadi tetap didenda RM25,000 atas dua kesalahan iaitu tidak mendedahkan keadaan sebenar kepada pasukan yang baharu ditandatangani (Johor DT) berhubung kontrak bersama pasukan terdahulu (Pahang).

Dia juga didapati bersalah kerana tidak membuat pengesahan dengan pasukan Pahang terlebih dahulu sebelum menyertai Johor DT.

Dalam perkembangan lain, Afandi menjelaskan pihaknya juga telah meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) supaya pasukan Johor dikenali sebagai Johor DT II musim ini.

“Kedua-duanya (Johor DT dan Johor DT II) merupakan dua pasukan yang berbeza, jadi tiada masalah,” jelas beliau.
 SUMBER: KOSMO ONLINE 4.1.14

Jumaat, 17 Januari 2020

Malaysia 1-1 Filipina

Februari 29, 2012 (Rabu):
Barisan Pemain: Farizal Marlias (Khairul Fahmi Che Mat), Bunyamin Umar, S Subramaniam, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Wan Zack Haikal Wan Nor (Ahmad Shakir Ali 80'), Amar Rohidan, Safiq Rahim, S Kunanlan, Abd Manaf Mamat, Safee Sali.
Pertukaran pemain: Amiridzwan Taj Tajuddin, Zaquan Adha Radzak, Khairul Fahmi Che Mat, G Mahathevan, Ashari Samsudin, Ahmad Shakir Ali.


Helmi diketepikan, Syamsuri galas tugas


ARKIB : 14/01/2009
Helmi diketepikan, Syamsuri galas tugas
Oleh Sayed Hesham Idris
KUALA LUMPUR - Jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan mengetepikan Helmi Eliza Elias daripada senarai pelatih skuad kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, sebaliknya menyenaraikan penjaga gawang veteran, Mohd. Syamsuri Mustaffa.

Sathia mengakui prestasi goyah Helmi bersama skuad Kedah menyebabkan penjaga gol itu diketepikan.

''Kalau jurulatihnya sendiri, iaitu orang yang paling dekat dengannya yang mengetahui sejauh mana prestasinya membuat keputusan merehatkan Helmi, saya terpaksa mengetepikan dia.

''Buat masa ini ternyata Helmi masih belum bersedia untuk perlawanan besar.

''Ia sama seperti pemain muda Mohd. Asrarudin Putra Omar yang jarang diturunkan oleh Selangor, jadi saya juga tidak dapat menyenarai namanya.

''Ini kerana saya hanya memanggil pemain yang benar-benar cergas dan berada pada prestasi terbaik.

''Bukan tugasan saya untuk membentuk semula psikologi pemain yang gagal mempamer prestasi terbaik dalam liga kerana persediaan kita begitu singkat iaitu lima hari sahaja,'' katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada awalnya, Sathia masih menaruh kepercayaan terhadap Helmi dan bercadang untuk menyenaraikan penjaga gol itu walaupun dia melakukan kesilapan ketika Malaysia kalah kepada Vietnampada Kejohanan Piala Suzuki AFF.

Namun, kesilapan melepaskan satu gol mudah ketika Kedah kalah 1-3 kepada Selangor dalam perlawanan Sumbangsih, di Alor Star, 3 Januari lalu, memaksa jurulatih Kedah, Azrai Khor Abdullah merehatkan Helmi.

Selain Mohd. Syamsuri, beberapa pelatih yang dipanggil untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF bulan lalu tetapi digugurkan kemudiannya turut dipanggil semula seperti V. Thirumurugan, Norsharul Idlan Talaha, Fadzli Shaari, Mohd. Fauzie Nan, Mohd. Marzuki Yusof dan Mohd. Ashari Samsuddin.

Mohd. Syamsuri yang kali terakhir mewakili negara pada 2007 menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan disenaraikan bersama penjaga gawang UPB My-Team, Syed Adney Syed Hussein,

Pemain veteran, Rosdi Talib sekali lagi berada dalam senarai selepas tidak dapat bersama skuad kebangsaan untuk persahabatan dengan Indonesia di Surabaya, 6 Jun lalu.

Selain itu, pelatih yang akan melaporkan diri untuk latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Petaling Jaya, hari ini adalah pemain dari skuad yang terkandas di peringkat kumpulan Kejohanan Piala Suzuki AFF di Phuket, bulan lalu.

Sathia terus menyandarkan tugas penggempur di bahu penyerang Selangor Safee Sali, sekali lagi digandingkan dengan Indraputra Mahayuddin.

Penyerang senior, Nizaruddin Yusof dan penyerang muda Negeri Sembilan, Mohd. Zaquan Adha Abd Razak juga ada dalam senarai 27 pelatih yang akan memulakan latihan esok.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51Ne80xt6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 16 Januari 2020

Penyokong rayu Saha kembali ke pangkuan TFC

SUKAN»Bola
Rabu, 15 Januari 2020 | 6:24pm
PEMAIN Terengganu FC, Mohd Ashari Samsudin. NSTP/Roslin Mat Tahir.
Penyokong rayu Saha kembali ke pangkuan TFC
Oleh Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH) dan Kelab Penyokong Terengganu FC, menuntut penyerang Terengganu FC (TFC), musim lalu, Ashari Samsudin memikirkan semula hasratnya untuk bersara dalam arena bola sepak negeri.

Kelab berkenaan mengharapkan bekas pemenang Kasut Emas 2010 itu terus menyarung jersi skuad Penyu itu untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi terutama bagi membantu pasukan dan juga pemain muda  dalam skuad itu.

Menurut 'orang kuat' dua kelab itu, bekas pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu yang lebih mesra dipanggil Saha masih lagi berbisa untuk memburu jaringan selain berpengalaman luas dalam arena bola sepak negeri dan kebangsaan.

"Jika pemain itu meneruskan niat untuk bersara dalam arena bola sepak, saya lihat ia satu kerugian buat pasukan Terengganu khususnya, kerana pemain itu masih lagi berbisa di padang.

"Selain itu saya lihat pemain itu begitu disiplin sama ada di padang ataupun luar padang selain bakat yang ada, ia sebenarnya umpama serampang dua mata buat pasukan khususnya kepada pemain muda untuk mengikut jejaknya sebagai pemain berkaliber.

"Justeru saya harap pemain itu dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) duduk bincang semula selain mengharapkan Ashari mempertimbangkan semula hasratnya untuk bersara kerana khidmatnya masih diperlukan pasukan," ujar Presiden PETEH, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris.

Pandangan sama turut disuarakan Presiden Kelab Penyokong TFC, Mohd Isa Che Ariffin yang menuntut pemain itu kembali menyertai latihan TFC dan jika ada masalah, ia perlu dibincang dan diselesaikan sebaik mungkin kedua-dua belah pihak.

"Saha masih lagi berbisa, dia seorang pemain yang berpengalaman luas dalam bola sepak, adakalanya pengalamannya sangat diperlukan ketika situasi-situasi tertentu sebagai seorang senior dalam padang.

"Pemain yang digelar 'The Silent Killer' itu juga sebenarnya idola kepada pemain-pemain muda yang ingin menimba ilmu dalam bidang bola sepak selain berguru dengan jurulatih.

"Saya harap Saha mempertimbang semula hasratnya untuk bersara dengan menerima tawaran daripada PBSNT dan kembali menjalani latihan bersama kem TFC demi kemajuan pasukan dan peningkatan pemain baharu dalam pasukan itu yang dahagakan tunjuk ajarnya.

"Jika ada sebarang permasalahan antara kedua-dua belah pihak, ia perlu diselesaikan dengan mencari jalan yang terbaik," ujar Isa.

Akhbar ini semalam melaporkan Ashari yang pernah membantu pasukan negara menjulang Piala Suzuki AFF pada 2010 selain meraih Piala FA 2011 bersama Terengganu, masih belum menjawab surat tawaran daripada PBSNT untuk menyarung jersi pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Berikutan itu, ia mengundang persoalan buat kem TFC dan juga peminat setia skuad itu sama ada Ashari benar-benar mahu mengantung but ataupun mempunyai masalah dalaman dengan PBSNT.[1]





[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/647043/penyokong-rayu-saha-kembali-ke-pangkuan-tfc

Selasa, 14 Januari 2020

Pintu TFC masih terbuka buat Ashari


Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Malik Muhamad
sukanteam@nstp.com.my
PENGURUS pasukan Terengganu FC (TFC), Ahmad Shahrizal Yahaya menafikan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyisihkan bekas pemenang Kasut Emas 2010, Ashari Samsudin daripada menyertai skuad Liga Super itu musim ini.

Sebaliknya Shahrizal menyatakan badan induk bola sepak negeri itu sudah menawarkan 'jawatan’ sebagai pemain melalui surat kepada penyerang sensasi berusia 35 tahun itu yang lebih mesra dipanggil Saha.

Bagaimanapun beliau berkata, pemain itu tidak membalas surat jawapan sehingga kini sama ada menerima tawaran untuk bermain dengan skuad Penyu ataupun sebaliknya.

Katanya, situasi itu menimbulkan persoalan bukan hanya dalam kalangan kem TFC malah juga peminat yang ingin mengetahui status pemain itu yang masih lagi mampu membantu pasukan.

“Sebenarnya PBSNT sudah menawarkan kontrak kepada pemain itu (Ashari) pada November tahun lalu bersama pemain lain, tapi sehingga kini pemain itu senyap dan belum ada lagi jawapan seraca rasmi.

“Kami tak tahu sebab apa. Lagipun kami dah bagi tempoh, tapi belum ada sebarang jawapan sama ada terima atau tidak. Jadi kami tak tahu nak cakap macam mana lagi? Sebab kami sudah tawarkan kontrak, nak tahu sebab apa perlu tanya tuan badanlah (Ashari).

“Bagaimanapun dia (Ashari) masih ada peluang jika berhasrat menyarung jersi TFC musim ini sebelum tarikh pendaftaran ditutup,” ujar Shahrizal.

Sebelum ini peminat setia pasukan itu mempersoalkan pihak pengurusan PBSNT dan TFC yang tidak menyenaraikan bekas pemain kebangsaan itu yang disifatkan masih berbisa sebagai penyerang tulen.

Sepanjang kariernya, pemain kelahiran kampung Rawai, Marang itu meledak 84 gol sepanjang 238 penampilannya bersama Terengganu dan Pahang.

Selain itu Ashari turut menyumbang tiga gol ketika mewakili skuad kebangsaan termasuk satu jaringan ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 menundukkan Indonesia 4-2 serta membantu Terengganu menjulang trofi Piala FA 2011.

Sebelum ini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan tarikh pendaftaran pemain Liga Malaysia bermula pada 16 Januari hingga 15 Mac 2020.

Sementara itu Ashari enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu sebaliknya hanya memaklumkan sudah tidak beraksi dengan mana-mana pasukan lagi musim ini.

“Tak main mana-mana dah,” ujar pemain yang dianggap legenda Terengganu itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 10:59 PM